| Taklimat Program Tamhidi USIM |
|
|
|
| Dikarang oleh Faridzul | |||||||||||||||
|
Taklimat ini telah disampaikan oleh Tuan Haji Mohamed Akhirudin bin Ibrahim, Pegawai Perkhidmatan Pendidikan dari Pusat Tamhidi USIM. Tuan Haji Mohamded Akhirudin adalah mantan tenaga pengajar di MaahadSAS ini dan merupakan guru Kaunseling yang berpengalaman. Dalam taklimat tersebut Tuan Haji telah memberi penerangan tentang Program Pengajian Tamhidi yang ditawarkan oleh USIM kepada pelajar-pelajar tingkatan lima yang bakal menduduki Peperiksaan SPM tidak lama lagi. Program Tamhidi USIM adalah merupakan program lulusan lepasan SPM yang bertujuan menyediakan calon untuk peringkat Ijazah Pertama. Tamhidi adalah satu perkataan Arab yang bermaksud 'Persediaan ' sebagaimana istilah 'Matrikulasi' di Kementerian Pelajaran Malaysia dan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, 'Asasi' di Universiti Malaya, 'Tahun Asas' di Universiti Teknologi Malaysia atau serupa dengan program pra-universiti (STPM, HSC atau A’ Level). Senarai program yang ditawarkan di bawah Pengajian Tamhidi ini adalah Q0601 Syariah dan Undang-undang, Q0800 Sains dan Teknologi, Q0080 Perubatan, Q0070 Pergigian dan Q0210 Peakaunan dan Muamalat. Syarat kemasukan adalah seperti berikut :- Syarat Am1 Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/setaraf dengannya. 2. Kepujian Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia. 3. Kepujian dalam mata pelajaran kombinasi berikut: • Bahasa Arab Tinggi/Bahasa Arab Komunikasi; • Pendidikan Islam/Pendidikan al-Quran dan as-Sunnah; • Pendidikan Syariah Islamiyyah/Tasawwur Islam. Syarat Khas Program
Berikut adalah prospek dan perjaya bagi lepasan Sarjana Muda Syariah dan Undang-Undang dengan kepujian :- Hakim Syariah Pendaftar Mahkamah Pegawai Sulh Pendakwa Syarie Pegawai Penyelidik Peguam Syarie Pegawai Hal Ehwal Islam Akademik (Guru, Tutor, Pensyarah) Guru (KPLI,JQAF) Pegawai Agama KAGAT Eksekutif Syariah (bank, syarikat insurans) Konsultan /Penasihat
Tuan Haji yang lebiH mesra dengan panggilan ustaz Akhirudin sedang memberi penerangan berkaitan program tersebut
Sila lawati laman web USIM untuk keterangan lebih lanjut.
Sila daftar untuk menghantar komen.
Powered by !JoomlaComment 3.26
3.26 Copyright (C) 2008 Compojoom.com / Copyright (C) 2007 Alain Georgette / Copyright (C) 2006 Frantisek Hliva. All rights reserved." |
Log Masuk
Link Pautan
Warning: Parameter 1 to modMainMenuHelper::buildXML() expected to be a reference, value given in /home/mhadsas/public_html/home/libraries/joomla/cache/handler/callback.php on line 99



Dewan Kuliah, MaahadSAS Isnin 26 Oktober – Satu sesi taklimat berkaitan 





