| Kempen Menghijaukan Bumi |
|
|
|
| Dikarang oleh Faridzul | |||||
| Jumaat, 04 Jun 2010 09:47 | |||||
|
Kempen ini adalah bertujuan menghijaukan bumi dan menceriakan persekitaran sekolah dengan menanam pokok bunga atau buah-buahan. Pihak sekolah memohon jasa baik semua warga Maahad memberikan kerjasama dalam menjayakan program ini. Semua pelajar telah diminta memaklumkan perkara ini kepada ibu bapa atau penjaga mereka agar dapat memberikan kerjasama dan berusaha ke arah menjayakan hasrat tersebut.
Ibu bapa boleh menyumbang pokok-pokok bunga atau buah-buahan sama ada dalam pasu atau pun polybag. Kempen ini akan dilancarkan pada 20 Jun 2010. Pokok-pokok tersebut boleh dikumpulkan di sebelah pondok pengawal keselamatan.
Pokok rambutan
Sila daftar untuk menghantar komen.
Powered by !JoomlaComment 3.26
3.26 Copyright (C) 2008 Compojoom.com / Copyright (C) 2007 Alain Georgette / Copyright (C) 2006 Frantisek Hliva. All rights reserved." |



MaahadSAS Jumaat 4 Jun 2010 - Mulai hari ini MaahadSAS telah mengedarkan surat kepada semua ibu bapa pelajar memaklumkan kempen melancarkan program 1 Pelajar 1 Pokok.





