| MInggu Iqra' |
|
|
|
| Dikarang oleh Faridzul | |||||
| Ahad, 11 Julai 2010 12:04 | |||||
|
Program selama seminggu ini bermula pada 28 Jun yang lalu telah dirasmikan oleh Penolong Kanan Kurikulum, Ustaz Haidzir Mohamad Nor. Program ini menyasarkan semua pelajar dan beberapa aktiviti "outdoor" dan "indoor" telah diadakan. Guru penyelaras program ini, Ustaz Shamsuri Kamal, Ustazah Nor Azilawati, Ustazah Aza Zuraini dan Ustaz Zaliki Kadir telah membuat persiapan yang rapi untuk menjayakan program ini. "Kami telah bermula sejak seminggu sebelum ini. Kerja-kerja bermula pada jam 3 petang dan berakhir menjelang maghrib." Ustazah Aza Zuraini memaklumkan. Antara aktiviti atau tentatif program ini adalah Explorace, Cari Makna, Menulis Khat, Teka silangkata, pertandingan bercerita, pertandingan melukis poster, melukis logo dan tayang video "Muhammad al-Fateh." Anugerah khas pengawas PS dan anugerah kepada pelajar yang paling banyak membaca juga diberikan kepada mereka yang terpilih. Majlis perasmian penutup Minggu Iqra' ini telah disempurnakan oleh Tuan Pengetua pada 28 Julai yang lalu. Explorace melibatkan semua pelajar
"Baca betul-betul arahan tu..."
Gerai jualan pun ada....
Pertandingan melukis poster dan khat
Sesi memilih pemenang
" Awak tengok yang tu, saya ambik yang ni..."
"Cepat sikit, orang nak bagi hadiah dah ni..."
"Lawa tak...?"
Sila daftar untuk menghantar komen.
Powered by !JoomlaComment 3.26
3.26 Copyright (C) 2008 Compojoom.com / Copyright (C) 2007 Alain Georgette / Copyright (C) 2006 Frantisek Hliva. All rights reserved." |



Pusat Sumber MaahadSAS 11 Julai 2010 – Minggu Iqra' anjuran Pusat Sumber telah berakhir pada 3 Julai yang lalu. 
















