Halaman Utama Aktiviti Berita Terkini Permohonan Ke tingkatan 1, 2011
Permohonan Ke tingkatan 1, 2011 PDF Print E-mail
Dikarang oleh Faridzul   

MaahadSAS, Jumaat 6 Ogos – Permohonan belajar ke tingkatan satu 2011 dibuka sekarang.

Syarat-syarat permohonan belajar ke tingkatan satu di semua Sekolah-sekolah Menengah Agama Kerajaan Negeri Pahang adalah seperti berikut:-

1. Berumur tidak melebihi 13 tahun pada 1 Januari 2011.
2. Tamat tahun 6 di Sekolah Bantuan Penuh Kerajaan atau setaraf dengannya.
3. Berkelakuan baik serta sihat tubuh badan.
4. Warganegara Malaysia, keutamaan kepada Rakyat Negeri Pahang Darul Makmur.

Permohonan hendaklah menggunakan borang HPAM 02T1'07 yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Pahang yang dikeluarkan dengan percuma. (Bayaran Stem sebanyak RM2.00 dikenakan untuk tujuan pengeposan.) Borang boleh didapati di pejabat sekolah dan di semua Pejabat Agama Islam Daerah dalam negeri Pahang.

Borang yang telah dipenuhi dan lengkap dengan dokumen sahaja akan diproses untuk panggilan. Panggilan temu duga akan dibuat pada minggu pertama Oktober 2010.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 15 September 2010. Untuk keterangan lanjut sila hubungi 09-4675087 pada hari bekerja jam 9.00 am – 12.00 pm dan 3.00pm – 4.30 pm.

Borang juga boleh didownload dari laman ini sedikit masa lagi.

Komen
Carian
Sila daftar untuk menghantar komen.

3.26 Copyright (C) 2008 Compojoom.com / Copyright (C) 2007 Alain Georgette / Copyright (C) 2006 Frantisek Hliva. All rights reserved."

 

Online Sekarang

Sekarang ada 96 tetamu online
mod_vvisit_counterJumlah Pelawat583630

Buat akaun baru

Klik disini untuk mendaftar manjadi ahli.

Hubungi Kami

Ma'ahad As-Sultan Ahmad Shah Ad-Dini
26400 Bandar Jengka, Pahang Darul Makmur
Tel : 09-4675087, Fax : 4675086
Website: http://www.maahadsas.edu.my
E-Mel: webmaster@maahadsas.edu.my