| Bengkel Bahasa Arab |
|
|
|
| Dikarang oleh Faridzul | |||||
|
Program ini melibatkan 11 orang guru serta 130 orang pelajar tingkatan tiga. Dengan suasana dewan seminar yang selesa dan kondusif, taklimat dan penerangan disusuli dengan aktiviti bengkel. Program bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 4.30 petang. Aktiviti perbengkelan diadakan di dalam dewan dan sekitar kawasan resort. Format baru Bahasa Arab PMR kali ini lebih memudahkan guru dan pelajar dari segi persediaan. Tajuk-tajuk dapat difokus, berbanding format lama yang terlalu terbuka sehingga menyukarkan guru dan pelajar memberi tumpuan. Manakla tajuk-tajuk berkaitan nahu atau grammar diuji secara khusus. Jawapan dalam Bahasa Melayu tidak lagi diuji dalam format baru kali ini. Walaupun begitu format baru masih mengekalkan beberapa bentuk pentaksiran lama. Beberapa orang pelajar yang ditemui menyatakan kegembiraan mereka menyertai bengkel ini. "Melalui bengkel ini saya dapat merapatkan lagi hubungan dengan guru dan rakan sebaya. Makan kat sini pun sedap. Cuma saya berharap kawan-kawan tidak berebut-rebut makanan kerana semuanya cukup" pesan Mohd Hairil Amri bin Nazzari 3 al-Kindi, salah seorang peserta bengkel.
Nurashikin binti Shamsudin 3 al-Farabi menyatakan beliau amat berpuas hati dengan bengkel ini. "Satu je yang tak best, masa terlampau singkat. Saya berharap pada masa akan datang bengkel seumpama ini dapat dibuat selama dua hari. Sekurang-kurangnya boleh juga ronda-ronda sebab tempat ni cantik."
Sebahagian peserta lelaki bergambar kenangan
Ustaz Zarimi, pengarah program dan salah seorang fasilitator bengkel Bahasa Arab
Nak cari berita kena lah letih sikit
" Kita sarapan dulu.."
"Boleh puji lah nasi lemak kat sini, sambal dia kaw"
" makan ustaz..! " "Eh jangan makan ustaz, makan nasi tuh."
"Makan, makan kang tambah lagi"
" Hah ni bengkel kome"
"Nak join bengkel kitorang ke?"
"Hah lantak ko lah, nak telungkup ke nak telentang ke, janji dapat A"
"Hah ni bengkel golongan elit ke?
" Ustaz lepas ni boleh main takraw ke?"
Ustazah Asmanizam dengan mentee-menteenya
Ustazah Nor Azilawati
Ustazah Aza Zuraini
Makan tengahari la pulak. "Eh kau tengok tu, aku ambik ni"
"Eh ko nampak tak jam tangan aku jatuh dalam kuah ni.?"
"Hah yang ni untuk dilihat sahaja"
"Bye.. jumpa lagi. kami balik dulu..."
"Selamat tinggal suasana nyaman an tenteram..."
Sila daftar untuk menghantar komen.
Powered by !JoomlaComment 3.26
3.26 Copyright (C) 2008 Compojoom.com / Copyright (C) 2007 Alain Georgette / Copyright (C) 2006 Frantisek Hliva. All rights reserved." |



Tekam Residence Resort, Ahad 8 Ogos 2010 – Bengkel format Baru Bahasa Arab PMR 2010 selama sehari telah diadakan dengan jayanya.
































