|
Kuantan, 9 Ogos 2010 – Program Wacana Kecemerlangan Pendidikan kali ke-9 telah berlangsung di Dewan Wisma Belia, Indera Mahkota.
Program anjuran Jabatan Agama Islam Pahang ini melibatkan semua kakitangan dan guru-guru JAIP serta guru-guru JPNP yang berkhidmat di sekolah-sekolah Menengah agama Kerajaan Negeri Pahang (SMAN). SMAN diisytiharkan cuti pada hari ini oleh Timbalan Pengarah JAIP. Majlis wacana bermula dengan sesi pembentangan dua kertas kerja. Kertas kerja pertama oleh Yang Berbahagia Dato’ Mohd Moktar bin Shafii manakala kertas kerja kedua oleh Encik Mohd Nasir bin Mohd Tap. Majlis diteruskan dengan penyampaian anugerah kepada pelajar-pelajar dan guru yang cemerlang. Kategori anugerah pelajar adalah berdasarkan kecemerlangan dalam peperiksaan persijilan PMR, SMA, SPM dan STAM tahun 2009. Manakala anugerah guru adalah berdasarkan pencapaian tertinggi menurut gred purata mata pelajaran (GPMP) dalam peperiksaan-peperiksaan tersebut. Kesemua anugerah disampaikan oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan JAIP. Setelah tamat pada jam 2.30 petang, wacana diteruskan dengan jamuan makan malam bersama YAB Menteri Besar Pahang pada jam 8.00 malam. Beberapa persembahan pelajar dan guru turut menyerikan majlis. Anugerah tokoh guru serta anugerah pertandingan 4K telah disampaikan oleh YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Seri Haji Adnan bin Haji Yaakob. Maahad as-Sultan Ahmad Shah ad-Dini telah meraih tempat pertama kategori A pertandingan 4K 2010, sekali gus meraih wang tunai bernilai RM10,000.00. Manakala sekolah kategori B dimenangi oleh Sekolah Menengah Agama Bukit Ibam dengan wang tunai berjumlah RM8000.00. 
Sijil Penghargaan Tempat Pertama Pertandingan 4K kategori A 
MaahadSAS sekolah terbaik Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia 2009 
Pengiktirafan YAB Menteri Besar Pahang 
Anugerah Kecemerlangan Ko-Kurikulum 2010 
Pelajar terbaik dari sekolah terbaik 
Terbaik Sijil Menengah Agama 
Terbaik PMR 2009 
Guru-guru STAM terbaik. (gambar saya takde kat situ hehe) 

Bersantai selepas lunch 
Seronoknya dinner 
Gambar tak berapa clear. 

Ustaz Zarimi terima anugerah 

Wow besarnya cek ni. Esok boleh tunai he he
|