Halaman Utama Aktiviti Berita Terkini Karnival Cegah Jenayah
Karnival Cegah Jenayah PDF Print E-mail
Dikarang oleh Faridzul   
Rabu, 13 Oktober 2010 12:55

Bandar Pusat Jengka, 13 Oktober 2010. Seramai 20 kadet polis dari Maahad as-Sultan Ahmad Shah Ad-dini telah diberi penghormatan oleh Polis DiRaja Malaysia (PDRM) untuk menggayakan pakaian seragam polis mulai tahun 1884 sehingga kini.

Acara ini adalah salah satu tentatif dalam Program Karnival Cegah Jenayah & Nilai Murni PDRM peringkat Negeri Pahang yang telah diadakan pada hari Sabtu, 9 Oktober yang lalu di mini stadium, nadi Kota. Majlis yang dirasmikan oleh Y.A.B Menteri Besar Pahang ini, turut dihadiri oleh Ketua Polis Negara dan beberapa orang kenamaan yang lain.

Selain itu, pasukan koir MaahadSAS juga turut diberi penghormatan untuk menyanyikan Lagu Kebangsaan dan Lagu Negeri Pahang sambil diiringi oleh pancaragam Kehormat PDRM cawangan Kedah bagi memulakan acara tersebut. Ketua Polis Pahang yang turut hadir mengucapkan tahniah dan terima kasih yang tidak terhingga atas kerjasama yang diberikan oleh pihak MaahadSAS dalam menjayakan program ini. Pihak PDRM juga berjanji akan memberi kerjasama yang sepenuhnya dalam aktiviti Kadet Polis MaahadSAS terutamanya semasa aktiviti perkhemahan yang akan berlansung pada 5 November 2010 ini.

Laporan oleh Ust Jasrifudin Puteh

Teringat peristiwa bukit kepong

"Sedia berkhidmat Tuan!"

Macam seragam tentera Portugis je

Zaman Hang Tuah kut

"Mata-mata 007 sedia merisik"

"Saya pun tak pernah tengok pakaian ni"

Keratan akhbar Sinar Harian

Komen
Carian
Sila daftar untuk menghantar komen.

3.26 Copyright (C) 2008 Compojoom.com / Copyright (C) 2007 Alain Georgette / Copyright (C) 2006 Frantisek Hliva. All rights reserved."

 

Online Sekarang

Sekarang ada 41 tetamu online
mod_vvisit_counterJumlah Pelawat730994

Buat akaun baru

Klik disini untuk mendaftar manjadi ahli.

Hubungi Kami

Ma'ahad As-Sultan Ahmad Shah Ad-Dini
26400 Bandar Jengka, Pahang Darul Makmur
Tel : 09-4675087, Fax : 4675086
Website: http://www.maahadsas.edu.my
E-Mel: webmaster@maahadsas.edu.my