Halaman Utama Aktiviti Berita Terkini Gerak Gempur dan Seminar Kecemerlangan
Gerak Gempur dan Seminar Kecemerlangan PDF Print E-mail
Dikarang oleh Faridzul   
Khamis, 14 Oktober 2010 12:35

Dewan Saidina Ali, Ma’ahad SAS, 14 Oktober 2010. Seramai 114 calon SPM 2010 telah menduduki peperiksaan Gerak Gempur SPM 2010.

Peperiksaan ini bertujuan memantapkan persediaan pelajar bagi menduduki peperiksaan sebenar yang dijadualkan berlangsung pada 23 November 2010.

Ujian yang berlangsung selama tiga hari ini bermula 13 Oktober dan tamat pada 15 Oktober, merangkumi subjek Bahasa Arab Tinggi (BAT), Pendidikan al-Quran dan Sunnah (PQS) dan Pendidikan Syariah Islamiah (PSI). Program Gerak Gempur ini adalah kerjasama antara pihak Jabatan Agama Islam Pahang dan Jabatan Pendidikan Negeri Pahang.

Seorang pelajar yang menduduki ujian ini iaitu Mohd Afbrar bin Sulaiman, menyatakan bahawa program gerak gempur ini amat bermanfaat kepada semua pelajar yang menduduki peperiksaan SPM pada tahun ini. Beliau juga berharap agar program ini akan diteruskan pada setiap tahun.

Sebelum ini satu seminar untuk pelajar-pelajar tingkatan empat telah diadakan di dewan yang sama. Seramai 180 orang peserta dari seluruh sekolah menengah Agama Pahang (SMAN) telah berkampung selama 3 hari 2 malam iaitu pada 1 hingga 3 Oktober 2010. Seminar yang menyasarkan pelajar-pelajar yang agak lemah ini telah melibatkan hampir semua guru-guru mata pelajaran Bouth dari SMAN. Semua Ketua Fasilitator serta fasilitator mata pelajaran telah turun padang memberikan tips-tips dan panduan menjawab soalan peperiksaan Sijil Menengah Agama (SMA). Peperiksaan SMA dijadualkan berlangsung pada hari Isnin, 18 Oktober ini, serentak dengan peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia.

Ustaz Haidir Mohamad Nor, selaku Penolong Kanan Kurikulum memaklumkan bahawa pada tahun ini, calon-calon Peperiksaan SMA akan menduduki peperiksaan mereka di bilik kelas. Pertembungan tarikh peperiksaan STAM dan SMA menyebabkan dewan tidak dapat digunakan untuk calon SMA.

" Pertama kali dalam sejarah Maahad, peperiksaan SMA diadakan di bilik kelas." Ujar beliau.

SELAMAT MENJALANI PEPERIKSAAN

Laporan dan Gambar dari Ust Jasrifudin dan Teacher Nurul

Gambar-gambar Gerak Gempur

Termenung aje Afbrar

Nak kata susah tak susah, senang pun dak juga.

 

Gambar-gambar ketika Seminar Kecemerlangan SMA (Sifar Gagal)

Guru-guru MP turut hadir mendengar

Komen
Carian
Sila daftar untuk menghantar komen.

3.26 Copyright (C) 2008 Compojoom.com / Copyright (C) 2007 Alain Georgette / Copyright (C) 2006 Frantisek Hliva. All rights reserved."

 

Online Sekarang

Sekarang ada 41 tetamu online
mod_vvisit_counterJumlah Pelawat730996

Buat akaun baru

Klik disini untuk mendaftar manjadi ahli.

Hubungi Kami

Ma'ahad As-Sultan Ahmad Shah Ad-Dini
26400 Bandar Jengka, Pahang Darul Makmur
Tel : 09-4675087, Fax : 4675086
Website: http://www.maahadsas.edu.my
E-Mel: webmaster@maahadsas.edu.my