| Keputusan PMR 2010 |
|
|
|
| Dikarang oleh Faridzul | |||||
|
MaahadSAS Ahad 26 Disember – Keputusan Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2010 telah dikeluarkan pada hari Selasa yang lalu. Seramai 141 orang pelajar telah menduduki peperiksaan tersebut dan dari jumlah itu, seramai 99 orang pelajar lulus menguasai semua mata pelajaran yang diambil. Mereka mewakili 70.21%. Peratus penguasaan semua subjek ini telah meningkat sebanyak 13.24% berbanding pencapaian tahun 2009 iaitu sebanyak 56.97%. Pencapaian tahun ini adalah yang terbaik semenjak tahun 2005. Walau bagaimanapun angka Gred Purata Sekolah (GPS) telah menjunam sebanyak 0.11 mata dari 2.53 kepada 2.64 tahun ini. Empat subjek mengekalkan tahap 100 peratus kelulusan, iaitu Bahasa Melayu, Pendidikan Agama Islam, Sains dan Kemahiran Hidup. Subjek Bahasa Arab menunjukkan peningkatan kelulusan sebanyak 17.17% iaitu 75.89% berbanding tahun sebelumnya iaitu 58.72%. Dalam masa yang sama, GPMP Bahasa Arab kekal tidak berubah iaitu 3.72 mata. Seperti Bahasa Arab, Bahasa Inggeris juga menunjukkan peningkatan dari 84.88% pada tahun 2009 kepada 88.65% pada tahun 2010. GPMP Bahasa Inggeris juga meningkat kepada 3.33 dari 3.42 mata pada tahun 2009. Iaitu peningkatan sebanyak 0.09 mata. Tiga lagi subjek menyaksikan sedikit penurunan peratus kelulusan iaitu Sejarah, 98.84% kepada 98.58%. (-0.26%) Angka GPMP juga menurun kepada 2.64 berbanding 2.58 pada tahun 2009. Subjek Geografi pula menurun sebanyak 0.97% kepada 97.87%. GPMP geografi pula meningkat kepada 2.67 berbanding 2.81 pada tahun 2009. Subjek Matematik juga menunjukkan sedikit penurunan iaitu sebanyak 1.1% kepada 97.16%. Angka GPMP juga menurun dari 2.87 kepada 3.05 mata. Carta Peratus Kelulusan Mata pelajaran PMR 1996-2010
Gred Purata Mata Pelajaran PMR 1996-2010
MaahadSAS juga merekodkan dua orang pelajarnya mendapat 9A dalam PMR 2010. Mereka adalah Afiqah Tasneem binti Abd Khalil dan Muhammad Hairil Amri bin Narzari.
Taburan gred mata pelajaran dalam PMR 2009 dan 2010 PMR 2009
PMR 2010
Ranking MaahadSAS dalam senarai sekolah-sekolah menengah Daerah Maran
Sila daftar untuk menghantar komen.
Powered by !JoomlaComment 3.26
3.26 Copyright (C) 2008 Compojoom.com / Copyright (C) 2007 Alain Georgette / Copyright (C) 2006 Frantisek Hliva. All rights reserved." |












