| Pendaftaran Pelajar Baru |
|
|
|
| Dikarang oleh Faridzul | |||||
|
Pada 4 Januari yang lalu MaahadSAS telah menerima pendaftaran masuk seramai 189 orang pelajar baru tingkatan satu. 95 lelaki dan 94 orang pelajar perempuan. Sebahagian besar akan ditempatkan di asrama bagi sesi pengajian 2011 ini. Hanya lima kelas akan dibuka. Kelas pertama, kelas ibnu al-Jazari akan menerima 38 orang pelajar tahfiz. Kurikulum tahfiz akan dimasukkan dalam jadual P&P. Syarat kemasukan ke kelas ini adalah berdasarkan kepada ujian khas yang dikendalikan oleh Ustaz Mohd Zarimi Abu Zih, Ustazah Hairul Azimah dan Ustazah Hanisah Saidina Omar. Selain dari waktu P&P, pelajar tahfiz juga akan mengikuti kelas tambahan yang dibuat pada waktu malam. Selain dari itu juga, permohonan untuk ke tingkatan satu telah ditutup kepada pelajar lelaki berikutan asrama lelaki hanya mampu menampung 270 orang pelajar sahaja. Permohonan bagi pelajar perempuan pula akan dipertimbangkan selepas pendaftaran masuk pelajar tingkatan 6 pada 12 hari bulan Januari ini. Walau bagaimanapun sebarang permohonan hendaklah menepati syarat dan terma Bahagian Pendidikan JAIP.
Check nama dulu ler..
Dengar taklimat dulu
Cikgu Roslan, PK Ko-kurikulum selaku warden memberikan taklimmat ringkas.
Pelajar tingkatan satu dalam dewan kuliah mengikuti satu program sempena "Minggu Suai Kenal"
![]()
Sila daftar untuk menghantar komen.
Powered by !JoomlaComment 3.26
3.26 Copyright (C) 2008 Compojoom.com / Copyright (C) 2007 Alain Georgette / Copyright (C) 2006 Frantisek Hliva. All rights reserved." |



MaahadSAS 9 Januari – Minggu orientasi pelajar baru tingkatan satu telah berakhir pada hari Jumaat yang lalu. 


















