| Pertukaran Pegawai dan Guru |
|
|
|
| Dikarang oleh Faridzul | |||||
|
MaahadSAS, 9 Jan – Sesi persekolahan kali ini akan terasa berbeza berikutan ketiadaan beberapa orang guru dan pegawai.
Beberapa orang guru dan pegawai pentadbiran telah bertukar, sama ada pertukaran atas sebab-sebab perkhidmatan mahu pun permohonan. Guru sejarah yang sangat dedikasi, Cikgu Fariza Salleh telah bertukar ke Sekolah Menengah Agama Chenor. Beliau adalah guru yang paling senior, telah berkhidmat selama 8,976 hari iaitu sejak 19 Mei 1986 sehingga 15 Disember lalu. Guru lain yang bertukar adalah Cikgu Siti Mardhiah binti Md Yan (SMA Pulau Tawar) dan Ustaz Suhaimi bin Mohd Sharif. (SMA Guai). Cikgu Siti Mardhiah dan Ustaz Suhaimi, walaupun masih baru di Maahad, namun kehilangan mereka sangat dirasai kerana sifat peramah mereka dan suka bergurau. MaahadSAS juga kehilangan seorang pembantu tadbir, Puan Rahiyah Ab Rahim. Beliau telah berkhidmat lebih dari 10 tahun iaitu bermula dari 2 Januari 1998 sehinggalah 15 Disember yang lalu. Beliau yang juga salah seorang ahli Mesyuarat Pengurusan Sekolah, telah bertukar ke JKR Maran setelah dinaikkan pangkat. Selain itu, seorang guru JPNP, Cikgu Norhafizah Jamaludin juga telah bertukar ke SMK Desa Jaya.
Gambar Cikgu Fariza dua dari kiri. Kalau tak silap tahun 1999
Cikgu Fariza bersama teman rapat di Galeri Sejarahnya
Majlis Perpisahan tidak berapa seronok kerana ketiadaan pengetua yang bermesyuarat di luar hari tu.
Ni bergambar selepas jamuan di bilik galeri. Harap Ustaz Zahanudin tak jealous tengok gambar nih. Ramai lagi kat belakang tuh.
SU MMPS pun tumpang sekaki
"Cikgu Mardhiah! lepas ni tak pening dah la dengan markah peperiksaan yer." Gambar Cikgu Mardhiah, SU Pep Dalaman.
Ustaz Suhaimi. Maaf ustaz suhaimi, koleksi gambar enta tak banyak dalam simpanan
Sila daftar untuk menghantar komen.
Powered by !JoomlaComment 3.26
3.26 Copyright (C) 2008 Compojoom.com / Copyright (C) 2007 Alain Georgette / Copyright (C) 2006 Frantisek Hliva. All rights reserved." |













