Halaman Utama Aktiviti Berita Terkini Pengubahsuaian Blok C
Pengubahsuaian Blok C PDF Print E-mail
Dikarang oleh Faridzul   

MaahadSAS, 12 Januari – Tinjauan bersama pengetua pada sebelah pagi tadi mendapati kerja pengubahsuaian blok C sedang dilakukan.

Blok C telah menjadi kompleks P&P pelajar-pelajar tingkatan enam sejak setahun yang lalu. Hari ini, sebahagian dari dinding bilik-bilik di kompleks tersebut telah dipecahkan dan disatukan menjadi dewan tutorial. Bilik-bilik yang terlibat dengan kerja-kerja pengubahsuaian ini adalah bilik di sebelah barat. Kelas yang terlibat adalah 6 al-Mawardi dan bilik gerakan tingkatan 6, digabungkan menjadi "Dewan Kulliah 2". Dewan Kulliah 2 telah siap pada hari Selasa lalu. Manakala di bahagian timur, kelas 6 ibnu Hajar, bilik suis dan bilik pekerja telah digabungkan menjadi dewan kuliah 1 yang lebih besar dari dewan kuliah 2.

Pengubahsuaian perlu dilakukan kerana keperluan mendesak untuk sesi P&P tingkatan enam. Dewan Kuliah yang sedia ada tidak boleh digunakan sepanjang masa kerana kos pembaikan terlalu tinggi jika berlaku kerosakan. Di samping itu Blok A dan B pula telah dipenuhi dengan kelas-kelas tingkatan 1 hingga 5 serta bilik guru dan makmal.

Dewan kuliah yang sedia ada dicadangkan ditukar nama kepada "Mudarraj" Mudarraj adalah perkataan Arab yang merujuk kepada satu dewan yang mempunyai bangku penonton yang lebih tinggi di bahagian belakang (grandstand). Pihak PIBG sekolah bersedia menerima apa jua bentuk bantuan dan sumbangan bagi menampung kos pengubahsuaian tersebut.

Kompleks tingkatan 6

Dewan Kuliah 2 telah siap pada 11 Januari lalu

"Macam mana nak buat dengan paip ni ye?"

Ini kelas 6 ibnu Hajar. Akan dijadikan Dewan Kuliah 1

"Kasi pecah laa."

Komen
Carian
Sila daftar untuk menghantar komen.

3.26 Copyright (C) 2008 Compojoom.com / Copyright (C) 2007 Alain Georgette / Copyright (C) 2006 Frantisek Hliva. All rights reserved."

 

Log Masuk



Link Pautan


Warning: Parameter 1 to modMainMenuHelper::buildXML() expected to be a reference, value given in /home/mhadsas/public_html/home/libraries/joomla/cache/handler/callback.php on line 99

Taqwim Tahunan

<<  Mei 2013  >>
 Is  Se  Ra  Kh  Ju  Sa  Ah 
    1  2  3  4  5
  6  7  8  9101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

Online Sekarang

Sekarang ada 61 tetamu dan 1 ahli berdaftar online
mod_vvisit_counterJumlah Pelawat1165157

Buat akaun baru

Klik disini untuk mendaftar manjadi ahli.

Hubungi Kami

Ma'ahad As-Sultan Ahmad Shah Ad-Dini
26400 Bandar Jengka, Pahang Darul Makmur
Tel : 09-4675087, Fax : 4675086
Website: http://www.maahadsas.edu.my
E-Mel: webmaster@maahadsas.edu.my