Halaman Utama Aktiviti Berita Terkini Akhirnya.. berpisah jua
Akhirnya.. berpisah jua PDF Print E-mail
Dikarang oleh Faridzul   

MaahadSAS 11 Februari – Setelah berkhidmat selama 2 tahun 10 bulan, akhirnya tuan pengetua, Cikgu Hasanuddin Md Isa ditukarkan ke Raub.

Pada 10 Februari lalu, satu majlis perpisahan sempena meraikan perpisahan beliau telah disempurnakan oleh warga Maahad. Serentak dengan meraikan kedatangan pengetua baru, pihak sekolah juga turut mengundang beberapa orang guru yang telah bertukar sebelum ini.

Cikgu Hasanuddin telah dinaikkan pangkat dari DG44 ke DG48 dan diarahkan bertukar ke Sekolah Menengah Agama al-Falah, Batu Talam, Raub. Walaupun menyedihkan, kesedihan itu terubat jua kerana beliau diibaratkan balik kampung kerana beliau adalah ‘Orang Raub’. Seluruh warga Maahad mendoakan agar beliau dapat berbakti dan menabur jasa di sekolah baru seperti mana yang telah beliau lakukan pada MaahadSAS.

Sepanjang pentadbiran beliau, MaahadSAS telah melakukan beberapa transformasi terutama dari segi infrastruktur dan prasarana. Bermula dari menaik taraf surau kepada masjid serta solat Jumaat, projek penanaman sawit PIBG, menyelesaikan masalah tangki air sehinggalah kepada pengubahsuaian blok C untuk pelajar-pelajar tingkatan enam.

Di samping itu, beliau telah mengurangkan kekerapan perjumpaan atau mesyuarat guru kerana ia akan melibatkan waktu pengajaran dan pembelajaran terabai. Sebagai ganti, mesyuarat pengurusan dwi-bulanan yang lebih efektif melibatkan semua penolong kanan dan pembantu tadbir kewangan dibuat secara terancang dan tersusun pada zaman beliau. Laman web rasmi MaahadSAS ini juga telah didaftarkan secara rasmi pada zaman beliau.

 

Sebagai galang ganti, MaahadSAS telah menerima seorang pengetua baru yang tidak kurang hebat. Beliau adalah Cikgu Azmi bin Aman, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Sekolah Menengah Agama al-Ihsan, Kuantan yang juga telah dinaikkan pangkat ke DG48. Cikgu Azmi adalah seorang guru yang mempunyai karisma dan kesungguhan dan seluruh warga Maahad mengharapkan agar beliau dapat merealisasikan idea-idea baik yang ditinggalkan oleh Cikgu Hasanudin.

Sesungguhnya pergerakan dan perpindahan itu adalah kehidupan. Tanpanya manusia akan kaku dan jumud. Selamat bertugas di tempat baru cikgu Hasan.

Mesyuarat Pengurusan Terakhir bersama cikgu Hasan

Pengetua baru Cikgu Azmi berbaju kuning, bersama PK HEP dan SU MMPS

Majlis perpisahan dan meraikan kehadiran pengetua baru

Nasyid soutul Maahad

Persembahan sajak oleh pelajar

Ucapan wakil pelajar

Ucapan Encik Abdullah Saidi, wakil staf

Ucapan Ustaz Haidzir, wakil guru

Yang dipertua PIBG, Prof Madia Tuan Haji Rasid Muhamad, pensyarah UiTM, Bandar Jengka

Ustaz Suhaimi, kini telah bertukar ke SMA Guai

Bekas pembantu tadbir, Puan Rahiyah Ab Rahim, kini  bertugas di JKR Maran

Pemergian Cikgu Fariza paling dirasai oleh pelajar. Beliau telah berkhidmat selama 24 tahun di Maahad.

Persembahan pelajar

Amanat terakhir dari pengetua kepada warga Maahad

Ucapan aluan dari pengetua baru

Cenderahati untuk cikgu Fariza

Cenderahati dari warga Maahad untuk pengetua

dari anak murid kesayangan

Punch kad terakhir tengahari tadi...kepada semua warga maahad, tepatilah waktu bekerja. Selamat tinggal.

Komen
Carian
Sila daftar untuk menghantar komen.

3.26 Copyright (C) 2008 Compojoom.com / Copyright (C) 2007 Alain Georgette / Copyright (C) 2006 Frantisek Hliva. All rights reserved."

 

Online Sekarang

Sekarang ada 45 tetamu online
mod_vvisit_counterJumlah Pelawat731007

Buat akaun baru

Klik disini untuk mendaftar manjadi ahli.

Hubungi Kami

Ma'ahad As-Sultan Ahmad Shah Ad-Dini
26400 Bandar Jengka, Pahang Darul Makmur
Tel : 09-4675087, Fax : 4675086
Website: http://www.maahadsas.edu.my
E-Mel: webmaster@maahadsas.edu.my