| Media dan Laporan MASISUPA |
|
|
|
| Dikarang oleh Faridzul | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Pekan 13 - 17 Mac 2009. Jawatan Kuasa Media dan Laporan, yang diwakili oleh MaahadSAS telah diberi tanggungjawab berat untuk membuat liputan sempena Majlis Sukan dan Ilmiah Sekolah-sekolah Agama Pahang (MASISUPA). MASISUPA kali ini adalah Jubli Perak, dan selama 25 tahun ia telah menjadi wadah dan medan untuk melahirkan generasi pelajar yang gemilang dalam aktiviti ko-kurikulum. Bertempat di Kulliah Sultan Abu Bakar atau STASAB, Pekan, sebahagian besar besar kontijen dari 5 buah zon telah berkampung dan bermukim di situ selama 5 hari 4 malam. Ianya telah disempurnakan dengan perasmian penutup oleh Tengku Mahkota Pahang. Namun bagi krew Media dan Laporan MaahadSAS ini, mereka terpaksa datang awal dan pulang lewat kerana menyiap dan membersihkan tempat operasi. Jawatankuasa ini adalah seperti berikut:-i
Pengerusi : Pengetua Jawatankuasa ini mampu menerbitkan buletin sekali sehari sahaja memandangkan jumlah krew yang tidak ramai. Di samping itu, bilik operasi terletak agak jauh dari sumber maklumat utama iaitu bilik urusetia. Memandangkan beberapa venue terletak di luar iaitu di Padang Majlis Daerah Pekan, maka banyak masa terpaksa dihabiskan dengan menghantar wakil media ke situ. Memandangkan tiada kenderaan rasmi, maka sebuah kereta yang ada sahaja terpaksa digunakan samada untuk menghantar wakil media mendapatkan berita atau tugas-tugas lain. Pencetakan pula terpaksa dibuat di Sekolah Menengah Agama al-Attas. Hari pertama sahaja terpaksa dihabiskan untuk mencuci dan mengemas bilik Makmal Bahasa yang menjadi bilik operasi. Oleh kerana bilik ini agak jauh dari bilik jawatankuasa yang lain, maka keberadaan media dan laporan di sini tidak dirasai oleh sebahagian besar warga MASISUPA ini. Jawatankuasa ini telah melakukan yang terbaik, mereka hanya tidur 2 atau 3 jam sehari dan pada hari terakhir mereka langsung tidak tidur. Kerana masalah teknikal, buletin hari terakhir agak lewat diterbitkan. Media dan Laporan mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang memberi kerjasama dan tunjuk ajar. Majulah MASISUPA demi memartabatkan Sukan yang diredhai oleh Allah. Krew Media dan Laporan bersiap untuk berangkat ke Pekan, bergambar di hadapan pejabat.
Umar sedang menyiapkan laporan untuk terbitan pertama
Krew mengunjungi bilik urusetia untuk mendapatkan maklumat
Yusra Ilyani yang gagal dalam Debat Bahasa Arab peringkat separuh Akhir sedang membantu urusetia menyiapkan nametag.
Jawatankuasa Keselamatan juga tak terkecuali dari temuramah.
Peserta juga turut memberikan kerjasama. Teguran dan nasihat dari Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan, Encik Mustafarudin amat dihargai. Yang Berbahagia Ketua Penolong Pengarah Bahagian Undang-undang dan Keluarga Islam, Tuan Haji Abdul Qahhar bin Abdul Aziz, meluangkan masa melawat bilik operasi dan sudi ditemuramah.
Krew bergambar bersama Tuan Haji Abdul Qahhar
Guru-guru Maahad sudi bertandang ke bilik operasi.
Bergambar beramai-ramai sebelum berangkat pulang
Masih sempat berposing di hadapan pintu masuk ke Istana Abu Bakar, walaupun keletihan.
Tu dia budak-budak krew
Jom order nasi ayam
Menunggu nasi ayam, he he
Letih, tapi masih ceria
Jangan serik Razan! Jumpa lagi tahun depan.
Muka depan salah satu edisi yang diterbitkan
Sila daftar untuk menghantar komen.
Powered by !JoomlaComment 3.26
3.26 Copyright (C) 2008 Compojoom.com / Copyright (C) 2007 Alain Georgette / Copyright (C) 2006 Frantisek Hliva. All rights reserved." |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Log Masuk
Link Pautan
Warning: Parameter 1 to modMainMenuHelper::buildXML() expected to be a reference, value given in /home/mhadsas/public_html/home/libraries/joomla/cache/handler/callback.php on line 99














