Halaman Utama Aktiviti Berita Terkini Perkembangan Projek Sawit
Perkembangan Projek Sawit PDF Print E-mail
Dikarang oleh Faridzul   
Pada jam 8.30 pagi, 24 Mac 2009, saya bersama tuan pengetua, berkesempatan melawat kawasan penanaman sawit. Projek di bawah kelolaan PIBG dan diusahakan oleh Encik Mohd Noor ini meliputi kawasan seluas 30 ekar. Dengan menaiki Toyota Hilux milik beliau, Encik Mohd Nor atau lebih dikenali sebagai Pak Ngah telah membawa kami mendaki bukit
 dan menuruni lurah untuk melihat kemajuan kawasan yang diusahakan. Terbaru, beliau menunjukkan kerja-kerja penggalian sedang giat dijalankan untuk membina kolam ternakan ikan. 
Dengan sumber air dari kawasan tinggi berdekatan, saya menjangkakan bahawa kolam tersebut akan berupaya menghasilkan ternakan ikan Tilapia yang sihat. Kami sempat berbicang dan mencetus beberapa idea menarik. Jika tiada aral, PIBG dengan usahasama Encik Mat Noor boleh merancang untuk membina beberapa mini chalet di kawasan tersebut. Chalet tersebut akan menjadi daya penarik kepada peminat-peminat joran, dan kawasan tersebut boleh menjadi kem perkemahan aktiviti pelajar atau setidak-tidaknya akan menjadi homestay kepada ibubapa yang tinggal di luar Pahang.
    Encik Mat Noor menyatakan bahawa hasrat beliau adalah untuk melihat persekitaran Maahad ceria. "Komersial adalah soal kedua. Apa yang penting adalah kebajikan kepada pelajar sekolah agama". Ujar beliau yang memiliki sebuah kedai emas dan beberapa ladang sawit.
    Kami juga berkesempatan melihat satu kawasan di mana hampir 5000 pokok nenas ditanam. Dijangkakan akan boleh dipetik pada tahun depan. Semoga usaha-usaha yang murni ini akan menjadi kebajikan buat beliau dan sekolah ini akan lebih berjaya dalam mendapatkan sumber kewangannya sendiri
Kerja-kerja penggalian membina kolam ikan sedang giat dijalankan. 
Rancak berbincang bagi mencetus idea baru. Encik Mohd Nor seorang pengusaha yang dedikasi dan ikhlas.
Antara kawasan yang akan dijadikan kolam ternakan ikan Tilapia
Ini adalah kawasan tapak cadangan untuk membina mini chalet
Sebelah kiri adalah hutan simpan milik UITM. Laluan ini suatu masa dulu adalah kawasan hutan seperti di sebelah.
"Tahun depan boleh makan nenas hah" ujar Pak Ngah
Tanaman nenas tersusun rapi
Nenas di mana-mana
Nenas masih di mana-mana
Tanaman sawit semakin menghijau
Masjid al-Ghazali dari kejauha
Pokok sawit ni sudah berusia setahun
Kawasan sawit dilihat dari tangki air
Kawasan bukit juga akan menghijau dengan pokok sawit, insyaAllah
Kompleks Maahad dari kejauhan
Letih dan penat mendaki tak terasa pabila melihat keindahan "Sekolahku Syurgaku"
Webmaster
Komen
Carian
Farok Fauzi  - Good idea   |60.52.33.xxx |2009-03-27 19:26:26
Bagus la kalau macam tu. Saya tengok banyak kawasan kosong di mahad dulu. Boleh
dimanfaatkan dengan pelbagai aktiviti. Student pun boleh cop buah
mfmz  - banyak perubahan   |60.53.60.xxx |2009-03-28 05:12:49
saya student maahad 1998-2002..antara batch terawal gak blaja kt komplek amaahad
n sempat bersamasama berada dalam majlis perasmian maahad....dulu kwsan sait ni
la port kitorang memancing ikan n cr buah salak..kdg2 telepas sampai
sempadan..dh masuk kwsn uitm...ble tgk gambar bi tkejut gakkk...dulu zaman arwah
ustat mad,die wat gak pojek nenas kt lereng bukit aspuri n tepi surau tp
xmjadi,pastu pojek swt pn ada wat gak kt tepi pdg,not sure time arwah o time
ckgu nasir..tp xmjadi gak...harap2 kali ni mjadi la n blh ajar student kait
buah...jgn jadikan ladang sawit tu "Port" student dh la...dlm ladang
memacam buleh jadi...ni sekadar nasihat dr senior....huhu
mfmz  - nk tny   |60.53.60.xxx |2009-03-28 05:14:22
makmal sains yg cantik tu dh digunakn ke skang?
hzmh  - dh maju!   |60.48.60.xxx |2009-03-30 21:13:48
sy bks pljr makhd...bgos ada lda sawit. blh tmbh kewangan..
fared izuddin   |60.51.1.xxx |2009-03-31 18:55:41
kim salam kat the best cikgu in the world...cikgu jass dan nuri
izizi hashim 2002   |118.101.249.xxx |2009-04-01 23:15:43
tahniah.. bangga jadi warga maahad tapi dah x maahad..
mUmtAz sUfi 2009 -insyaAllah-  - wAaa...   |60.49.84.xxx |2009-04-13 02:23:59
byk gAk pr0jEk brU yg dA wt Eark..gUd j0b..gUD j0b
bAnggE jd stUdEnt mA'hAd =p
hzmh  - boleh la 2   |60.54.109.xxx |2009-04-16 20:36:28
sye bru je kuar makhd... sempat tag proses nk tanam sawit.. semua tmpat dh x jd
semak samun... huhuhu
ibnsyareef  - uuiihhsshh   |60.48.61.xxx |2009-05-11 20:21:15
kayo ma'ahad pas ni...
tapi bkan ma'ahad 100%...kene bagi dgn
kontraktor..ma'ahad cm bg tanah je..
klu xsalah la..mane x-maahad2000?????zaman
Y2K...
Sila daftar untuk menghantar komen.

3.26 Copyright (C) 2008 Compojoom.com / Copyright (C) 2007 Alain Georgette / Copyright (C) 2006 Frantisek Hliva. All rights reserved."

 

Log Masuk



Link Pautan


Warning: Parameter 1 to modMainMenuHelper::buildXML() expected to be a reference, value given in /home/mhadsas/public_html/home/libraries/joomla/cache/handler/callback.php on line 99

Taqwim Tahunan

<<  Mei 2013  >>
 Is  Se  Ra  Kh  Ju  Sa  Ah 
    1  2  3  4  5
  6  7  8  9101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

Online Sekarang

Sekarang ada 19 tetamu dan 3 ahli berdaftar online
mod_vvisit_counterJumlah Pelawat1167161

Buat akaun baru

Klik disini untuk mendaftar manjadi ahli.

Hubungi Kami

Ma'ahad As-Sultan Ahmad Shah Ad-Dini
26400 Bandar Jengka, Pahang Darul Makmur
Tel : 09-4675087, Fax : 4675086
Website: http://www.maahadsas.edu.my
E-Mel: webmaster@maahadsas.edu.my