|
Dikarang oleh Faridzul
|
|
Bilik Rawatan dan Kesihatan, MaahadSAS - 25 Mac 2009. Program derma darah anjuran Pejabat Kesihatan Maran telah mendapat sambutan menggalakkan dari warga Maahad. Walaubagaimanapun hanya pelajar tingkatan 5 dan 6 sahaja yang dibenarkan menderma walaupun ada permintaan dari pelajar tingkatan 3 dan 4.
Guru-guru dan kakitangan yang sihat tubuh badan dan tidak mengalami penyakit seperti darah tinggi dan diabetes juga turut serta dalam program ini. Program seperti ini pernah diadakan pada masa lalu dan semoga sumbangan mereka yang terlibat akan dapat membantu mereka yang memerlukan. (Cikgu Abdul Halim menghulurkan jari untuk blood test) he he petang ni boleh derma lagi ke? (Tenang jer)sempat terlelap, mimpi nyamuk aedes gigit (Cikgu Su dan Ustazah Ma pun tiidak melepaskan peluang menderma darah mereka yang berlebihan) (Jangan nangis, lepas ni makan nasi banyak-banyak dengan air sirap) (Jangan sedut sampai habis ye misi) (Webmaster)
|