| Jamuan Asrama |
|
|
|
|
MaahadSAS - Selasa, 26 Mei. Berita gembira untuk semua penghuni asrama. Satu jamuan makan malam akan diadakan pada jam 9.00 malam, 29 Mei 2009 ini. Jamuan ini diadakan sempena meraikan warga asrama. Jamuan yang kebiasaannya diadakan pada hujung tahun, namun pada tahun ini, pihak pengurusan sekolah bersetuju untuk mengadakan dua kali setahun. Jamuan kali ini agak berbeza. Pelajar-pelajar boleh membakar ayam mengikut kumpulan yang akan ditetapkan. Selain dari ayam, banyak lagi menu yang akan disajikan. Pastikan anda tidak ketinggalan. Permohonan untuk balik awal tidak akan dilayan berkuat kuasa iklan ini diterbitkan. |






