| Awasi Bahaya Facebook |
|
|
|
| Dikarang oleh Faridzul | |||||
| Khamis, 20 Mei 2010 09:36 | |||||
|
Sejak kebelakangan ini Facebook telah mendominasi ruangan sembang (chat) komuniti pengguna Internet di Malaysia. Malahan di seluruh dunia, sebenarnya ia bukan sekadar sembang. Jika anda meninjau di tempat umum yang memiliki kemudahan wifi / hot spot, perhatikan apa yang dibuka oleh para netter tersebut. Kebanyakannya facebook. APA ITU FACEBOOK ? Facebook merupakan salah satu layanan jaringan sosial internet yang percuma dimana kita dapat membentuk jaringan dengan mengundang sahabat kita. Dari jaringan yang di bentuk, kita dapat memperhatikan aktiviti mereka, mengikuti permainan (game) dan menambah rakan-rakan. Jaringan itu sama ada berdasarkan organisasi sekolah, mahupun daerah kediaman kita dan sebagainya. Facebook mirip dengan Friendster, namun diakui memiliki banyak kelebihan. Pengguna Facebook bermula dari kanak-kanak hingga orang tua yang berumur 50 tahun ke atas. Sehingga kini facebook telah meledak sehingga menempati ranking 7 sebagai website paling sibuk di dunia. SIAPA PENGASASNYA Pengasas Facebook ialah Mark Zuckerberg (Gambar) dilahirkan dalam sebuah keluarga Yahudi-Amerika dan dibesarkan di Dobbs Ferry, Westchester County, New York.
1. Diasaskan untuk membantu lelaki Yahudi mencari pasangan Yahudinya. 2. Ia juga bertujuan untuk mengekal dan menguatkan hubungan sesama Yahudi diperingkat sekolah tinggi dan di bidang pekerjaan nanti. 3. Mengekalkan idealisme Yahudi supaya terjaga di sudut nilai, etika, dan menyiapkan peserta untuk menjadi pemimpin negara dan organisasi Yahudi pada masa depan dan dalam pelbagai lapangan bidang profesional. 4. Mark Zuckerberg termasuk dalam senarai alumni AEPi yang terkenal. 5. AEPi berkait secara langsung dengan Israel melalui Ikatan Inisiatif Israel. 6. AEPi sangat berkait rapat dengan kebanyakan pertubuhan Yahudi/Zionis antarabangsa seperti AIPAC, Hillel, Israel on Campus Coalition, Aish HaTorah, Chabad on Campus, Hasbara Fellowships, B’inai Brith International, Shaare Zedek, Chai Lifeline, Holocaust Museum, dan Gift of Life .
KESAN SAMPINGAN FACEBOOK 1. Membazir waktu. Pengguna Facebook enggan berenggang dari komputer, laptop, handphone, dan gadget yang mampu mengakses Facebook. Banyak waktu terbuang di depan komputer. Jika terasa kehidupan yang sementara ini tidak lengkap tanpa facebook, aturlah waktu. 2. Keretakan dan keruntuhan rumah tangga. Ada kes seorang isteri dibunuh kerana si isteri menukar statusnya menjadi single. Si suami yang marah tanpa berfikir panjang telah menamatkan riwayat isterinya. 3. Foto yang diletakkan dalam Facebook boleh dimanipulasi oleh orang yang tidak bertanggungjawab. Letaklah foto di Facebook dengan bijak, karena bukan anda dan teman anda sahaja yang boleh melihat. Seluruh dunia boleh melihatnya, kecuali anda men-setting foto anda menjadi private, dan hanya orang-orang tertentu yang mampu melihat foto anda. 4. Jika semua maklumat peribadi diletakkan dalam Facebook, ia akan dimanfaatkan oleh orang-orang yang tidak bertanggunjawab. 5. Gangguan orang yang tidak dikenali. TIPS DAN PANDUAN MENGGUNAKAN FACEBOOK 1. Jangan gunakan password yang lemah. 2. Jangan berikan tarikh lahir yang tepat dalam Profile 3. Jangan pandang remeh kebaikan yang ada dalam Privacy Controls. 4. Jangan masukkan nama-nama penuh anak anda (mahupun nama penuh kawan-kawan anda) dalam Photo Caption. 5. Jangan beritahu semua orang "You ll Be Away From Home". 6. Jangan biarkan search engines mencari anda. 7. Jangan biarkan anak anda menggunakan Facebook tanpa dikawal atau dipantau. Walaupun kesemua perkara ini nampak remeh, banyak kes berlaku bermula dengan Facebook. Bijaksanalah dalam penggunaan Facebook.
Penggemar Facebook
Tak boleh berenggang sedikit pun
Kesian budak tu
Sempat lagi nak chatting
Kesan sampingan
Doktor tak datang lagi ni, sempat lagi
Penamat
hanya ahli berdaftar boleh mennghantar komen!!
Powered by !JoomlaComment 3.26
3.26 Copyright (C) 2008 Compojoom.com / Copyright (C) 2007 Alain Georgette / Copyright (C) 2006 Frantisek Hliva. All rights reserved." |














