| Mengenali Webmaster |
|
|
|
| Rabu, 25 Mac 2009 07:56 | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Dilahirkan pada hari Jumaat, 9 Ogos 1963 di Kampung Bangau Parit, Temerloh Pahang. Bapanya Mohammed Norawi bin Haji Talib (1874-1940) bin Khatib Budin (Tok Bentara Raja, orang kaya 16) bin Abu Bakar bin Tun Tuan bin Tun Ismail. Tun Ismail (Tuan Guru) adalah saudara kepada Raja Haji dan leluhur beliau adalah daripada keturunan Raja Bugis lima bersaudara dari Sulawesi. Bapanya, Mohammed Norawi adalah adik bongsu kepada Abdul Rahman Talib, Menteri Pelajaran era 60an. Manakala ibunya Rossinah binti Abu Bakar bin Ismail, berdarah campuran Melayu, Jawa dan Cina Tanah Besar.Anak sulung dari lapan adik beradik, Faridzul Izan atau lebih dikenali dengan nama abang Aleed oleh ahli keluarga, adalah seorang yang berbakat dalam muzik dan boleh bermain beberapa jenis alat-alat muzik seperti harmonika, recoder, flute, acoustik gitar, bass, dan piano atau keyboard. Bakat ini beliau warisi dari leluhur sebelah ibunya. Tetapi kesemua ini ditinggalkan apabila beliau menyambung pendidikannya di Timur Tengah. Proses pendidikan beliau adalah seperti berikut:- 1- Sultan Abdullah School, Kuantan (1970-1975, darjah 1 hingga 6) 2- Sekolah Menengah Agama al-Ihsan, Kuantan (1976-1977, kelas peralihan hingga Tingkatan 1) 3- Sekolah Menengah Agama al-Khairiah, Temerloh (1978-1981, tingkatan 2 hingga 5) 4- Kulliah Sultan Abu Bakar, Pekan (1982-1984, STPM dan STU) 5- Universiti al-Azhar, Kaherah, Republik Arab Mesir (1985-1991) 6- Maahad Pengajian Islam Tinggi Zamalek (1993-1994) 7- Universiti Kebangsaan Malaysia (Diploma Pendidikan 1996) VARIASI KEHIDUPAN DI PERANTAUANDi universiti al-Azhar, beliau memasuki Fakulti Usuluddin dalam Jurusan Tafsir Hadith. Sepanjang kehidupan beliau di Mesir, beliau mengambil kesempatan dan peluang untuk berjalan dan berihlah ke seluruh pelusuk negeri Mesir terutama ketika berada di tahun dua. Ini menyebabkan beliau kandas di tahun tersebut dan terpaksa repeat di tahun berikutnya. ![]() (Gambar ketika mendaki Gunung St Caterine dan menunggang kuda di Giza) Sepanjang tahun 1987 hingga 1989 beliau bergerak aktif dalam seni pertahanan diri yang diberi nama "Perisai Sakti Mataram" satu jenis persilataan yang yang hanya diajar untuk tentera elit Indonesia. Persilatan ini adalah gabungan dari seni karate, tae kwan do, silat betawi, silat sunda dan beberapa jenis lagi. Tahun 1989 beliau telah dinobat sebagai pesilat kedua terbaik. Beliau pernah mewakili pelajar-pelajar Malaysia pada Hari Perkumpulan Pelajar Asia dalam pertunjukan silat. ![]() (Gambar ketika melakukan demonstrassi sempena hari perkumpulan pelajar Asia dan aksi latihan) Pada tahun 1988 beliau telah dilantik sebagai setiausaha umum Badan Kebajikan Mahasiswa-mahasiswi Islam Pahang (BKMIP), satu pertubuhan anak negeri yang menjaga kebajikan dan kemaslahatan pelajar-pelajar Pahang. Pada tahun tersebut, buat pertama kalinya beliau mengenali komputer apabila pertubuhan tersebut membeli sebuah mesen bernama Atari untuk kemudahan pengurusan dan pentadbiran. Atari, adalah satu jenama, dan mesen komputer tersebut boleh menerima sistem Apple Mcintosh. Sebagai seorang setiausaha, beliau menggunakan sepenuhnya peluang yang ada untuk mengenali komputer dan sentiasa berkhalwat dengannya, sehingga dapat menguasai beberapa perisian yang ada ketika itu seperti word writer (untuk word processing), dan Easy Draw (Desktop Publishing). ![]() (Gambar ketika bekerja bersama komputer Atari dan dan bersama Us Harun arRasyid, Pengerusi BKMIP ketika itu) Apabila IBM mula mendominasi pasaran komputer di akhir 80an, beliau mula beralih dan jatuh hati kepadanya. DOS, Word Star, Word Perfect, Pc Tools, Lotus 123 dan dBase adalah antara perisian yang sering menjadi sebutan di bibir peminat komputer ketika itu. Beliau mengenali komponen dan cip processornya semenjak zaman At & T, 286, 386, 486, Pentium 1, Pentium 2 …….. sehinggalah sekarang. Perlu disebut, kemajuan IT di negara Mesir pada ketika itu agak jauh ke depan berbanding di tanah air. Sebagai contoh, beliau membawa pulang cip prosesor 486DX2 dan komponen-komponen lain yang ditanggalkan di dalam beg pakaiannya. Apabila tiba di tanah air, beliau memasangnya kembali dan berlaku kesilapan. Beliau bawa ke kedai Cina dan Cina tersebut terkejut beruk kerana cip 486DX2 belum ada di pasaran Malaysia ketika itu. Pada tahun 1989, beliau berkesempatan menyahut seruan haji, sebaik sahaja peperiksaan musim panas berakhir pada bulan Mei. Dengan berbekal beberapa dollar Amerika, beliau bertawakkal dan berangkat ke tanah suci Mekah melalui jalan laut. Pelayaran memakan masa tiga hari dua malam, bermula dari pelabuhan Suez, di Mesir dan menyusuri Laut Merah sehingga sampai ke Pelabuhan Jeddah. Pelayaran yang menyeronokkan itu tidak mungkin akan berulang lagi. Gembira melihat dolphin berlumba-lumba, melihat ikan terbang, dan matahari tenggelam Paling beliau tidak dapat lupakan adalah pengalaman tidur berselimutkan tempias ombak laut, dan berkelambukan langit. Semua itu adalah pengalaman yang tidak dapat dilupakan oleh seorang penumpang kelas ketiga sepertinya, yang benar-benar menumpang di bumi Allah ini. ![]() (Gambar bersama Us Tazaki, warga Indonesia yang berkahwin dengan orang Pangsanam, Temerloh, dan gambar ketika di Jabal Nur, gunung yang menempatkan Gua Hira', iaitu tempat wahyu pertama diturunkan) Pada tahun 1990, ketika berada di tahun akhir, beliau bertemu jodoh dengan seorang penuntut tahun dua fakulti Syariah, dan berkahwin pada 2 haribulan November tahun yang sama. Selepas tamat pengajian, beliau terpaksa menangguh hasrat untuk kembali ke tanah air, kerana mahu memastikan isterinya, Aza Zuraini, menamatkan pengajian. (Gambar kenangan ketika mengahwini Aza Zuraini dan gambar berlatarbelakangkan Laut Mediteranean di pantai Arisy, bersama Yusra Ilyani) Oleh kerana visa telah tamat tempoh, beliau terpaksa berikhtiar untuk menyambung visa. Beliau memohon untuk belajar di Institut Pengajian Islam Tinggi di Zamalek, Kaherah. Pengajian di peringkat Ijazah Lanjutan (Master) ini sangat menyeronokan kerana beliau berpeluang bertemu dengan ulama-ulama terkenal seperti Dr Sabur Syahin, Profesor Omar Hashim, Sheikh Tantawi dan ramai lagi. Tidak berapa lama kemudian, beliau menimang cahaya mata pertamanya, Yusra Ilyani pada 21 Ogos 1991. Setiap kali ibunya keluar mengikuti kuliah di Universiti, beliaulah yang menjaga, meriba dan mendodoinya apabila menangis. Itulah pengalaman "ngeri" bagi setiap pasangan yang berkahwin sepertinya yang masih menuntut di negara orang. Akhirnya, dengan sumber kewangan yang terhad, terutama ketika isterinya berada di tahun akhir, beliau terpaksa berusaha dan berikhtiar mencari jalan. Dengan sedikit kelebihan dan kemahiran dalam ilmu IT pada ketika itu, beliau mengeksploitasi dan memanipulasi sepenuhnya kebolehan beliau dengan menjual produk-produk perisian Arab kepada pelawat-pelawat serta peserta-peserta kursus dari Tanah Air. Beliau juga telah membantu Jabatan Penuntut Malaysia, dengan memasukkan maklumat pelajar-pelajar Malaysia ke dalam komputer melalui program dBase III+, dan mengimbas gambar-gambar mereka pada ketika itu. Pada Tahun 1993 beliau telah berkenalan dengan Wan Alias Wan Abdullah yang melawat Mesir bersama keluarganya. Wan Alias adalah seorang pegawai dari Pusat Islam (kini Jakim) dan kunjungannya ke bumi Mesir adalah sebahagian dari siri-siri lawatannya ke seluruh dunia Islam pada suatu masa nanti. ![]() (Gambar Wan Alias Wan Abdullah, kanan sekali, ketika di Iskandariah) Sebagai seorang penuntut yang telah lama menetap di bumi Mesir, dan mahir selok belok negerinya, budaya masyarakat setempat dan ratusan lokasi bersejarah, beliau dan sahabat-sahabatnya telah membantu Wan Alias. Dari penterjemahan tulisan-tulisan yang terdapat pada relic, artifak dan duit-duit syiling lama, sehinggalah ke lawatan tempat-tempat bersejarah di seluruh pelusuk negeri Mesir. Hasil terjemahan ini masih ada di muzium Islam di tanah air. Sebahagian besar dari dapatan beliau dalam lawatan tersebut diabadikan dalam filem dokumentari terbitan pertamanya yang terkenal iaitu Jejak Rasul 1. Pada tahun 1994, isterinya menamatkan pengajian di Universiti al-Azhar dan beliau sekeluarga berangkat pulang ke tanah air setelah menetap selama sembilan tahun di bumi anbiya' tersebut. KEMBALI KE PANGKUAN KELUARGAAyah dan ibulah yang paling bahagia apabila anak kesayangan telah berada di hadapan mata, ditambah dua orang iaitu menantu dan cucu. There are places I rememberSegalanya telah berubah, teman-teman sealiran dan seangkatan sudah tidak kelihatan lagi di kampung halaman. Ada yang berhijrah, ada yang kembali ke rahmatullah dan ada yang tidak dapat dikesan lagi. All my life, though some have changed Some forever not for better Some have gone and some remain All these places had their moments With lovers and friends I still can recall Some are dead and some are living In my life I've loved them all Meninggalkan alam pembelajaran secara formal amat menyedihkan kerana ia tidak mungkin dapat kembali. Jika ia kembali, tidak akan sama seperti dahulu lagi. Tetapi apa yang penting, ilmu itu dituntut sepanjang hayat. Dari buaian hingga ke liang lahad. Apa yang difikirkan oleh beliau sebaik kembali ke tanah air, adalah mencari pekerjaan, demi menampung kehidupan keluarga. Menyebar dan menyampaikan ilmu kepada masysrakat samada secara langsung atau tidak. Pada bulan Disember 1994, setelah menganggur hanya sebulan, beliau dan isterinya diterima mengajar di Sekolah Menengah Agama al-Wosto, Temerloh. Walaupun hanya berkhidmat sebagai guru bantuan Majlis Agama Islam dengan elaun sebanyak RM450.00 sebulan (setelah ditolak KWSP) beliau amat bersyukur pada Allah dan berterima kasih kepada Ustaz Sabarudin Daud (Allahyarham), pengetua pada masa itu, kerana memberinya peluang. Mengajar amat menyeronokkan terutama apabila ada respon dan tindakbalas murid-murid terhadap ilmu yang disampaikan. Kemesraan dengan guru-guru dan staf perlu diutamakan. Murid-murid perlu disayangi. Pengetua mesti dihormati. Pada 11 haribulan Februari 1995, cahaya mata kedua, Yasmin Hayyana lahir ke dunia. Tidak lama selepas itu beliau dan isteri diterima mengikuti Kursus Dalam Cuti (KDC) iaitu kursus Diploma Pendidikan, dengan kos RM13,000.00 setiap orang ditanggung oleh Kerajaan Negeri. Orang kata, rezki anak. Kursus dijalankan di kolej IKIP dengan kerjasama UKM dan JAIP. Taqdir telah menentukan bahawa beliau tidak akan lama di al-Wosto. Setelah berkhidmat selama sembilan bulan, beliau dan isterinya menerima tawaran yang lebih baik, iaitu sebagai guru kontrak DC41 di Sekolah Menengah agama al-Falah, Batu Talam, Raub. Di bawah pengurusan pengetuanya, Ustaz Mohd Jelani bin Md Lela (Allahyarham) banyak pengalaman pahit dan manis ditimbanya. Setelah berkhidmat selama satu tahun tiga bulan, beliau dan isteri ditukarkan ke Sekolah Menengah Agama Jengka Pusat (SMAJP) sebagai Guru Sandaran Terlatih, pada 1 Januari 1997. Beliau kekal di SMAJP ( kini Maahad as-Sultan Ahmad Shah ad-Dini) sehingga dilantik sebagai guru tetap dan berpencen. Pada 16 Januari 2000 beliau dilantik sebagai Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid sehingga sekarang. Di antara pengalaman dan penglibatan beliau sepanjang perkhidmatan:
Sila daftar untuk menghantar komen.
Powered by !JoomlaComment 3.26
3.26 Copyright (C) 2008 Compojoom.com / Copyright (C) 2007 Alain Georgette / Copyright (C) 2006 Frantisek Hliva. All rights reserved." |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||



Dilahirkan pada hari Jumaat, 9 Ogos 1963 di Kampung Bangau Parit, Temerloh Pahang. Bapanya Mohammed Norawi bin Haji Talib (1874-1940) bin Khatib Budin (Tok Bentara Raja, orang kaya 16) bin Abu Bakar bin Tun Tuan bin Tun Ismail. Tun Ismail (Tuan Guru) adalah saudara kepada Raja Haji dan leluhur beliau adalah daripada keturunan Raja Bugis lima bersaudara dari Sulawesi. Bapanya, Mohammed Norawi adalah adik bongsu kepada Abdul Rahman Talib, Menteri Pelajaran era 60an. Manakala ibunya Rossinah binti Abu Bakar bin Ismail, berdarah campuran Melayu, Jawa dan Cina Tanah Besar.








