Halaman Utama Artikel Jangan Sambut Hari Ibu
Jangan Sambut Hari Ibu PDF Print E-mail
Dikarang oleh Faridzul   
Isnin, 20 April 2009 08:45

JANGAN SAMBUT HARI IBU

Hari ibu yang disambut pada 21 haribulan Mac setiap tahun telah diterima oleh semua penduduk dunia, tidak terkecuali negara-negara Islam sepertii Malaysia. Seperti "Hari Bapa" dan "Valentine", umat Islam, tanpa usul periksa menerima bulat-bulat apa yang diperkenal dan dianjurkan oleh dunia Barat. Maka berbagai ucapan dan ungkapan diluahkan kepada siibu yang kadang-kadang si anak hanya berkesempatan bertemu dengannya dua atau tiga kali setahun.

ASAL USUL HARI IBU

Sejarah hari ibu telah dikenalpasti sebagai perayaan musim bunga orang-orang Greece, sebagai penghormatan terhadap Rhea, ibu kepada tuhan mereka. Pada tahun 1600 orang-orang England merayakan hari yang mereka namakan sebagai "Mothering Sunday". Ia dirayakan pada hari Ahad keempat setiap Lent. Lent adalah tempoh masa selama 40 hari samada dalam bulan Februari atau Mac. Dalam tempoh ini, sebahagian orang-orang Kristian akan berhenti melakukan atau memakan makanan tertentu atas alasan agama. Amalan tersebut adalah sebagai penghormatan mereka terhadap Mother Mary. Mother Mary adalah Maryam, ibu kepada Nabi Isa Alaihissalam atau Jesus yang mereka anggap sebagai tuhan.

Dalam tempoh tersebut juga, kebanyakan rakyat England yang faqir dan miskin, akan bekerja sebagai pembantu rumah. Mereka sanggup keluar jauh meninggalkan keluarga kerana percaya bahawa Jesus akan memberikan kekayaan dan kesenangan dalam tempoh tersebut. Menjelang hari Ahad keempat, mereka digalakkan untuk bercuti oleh majikan, dan pulang ke kampung untuk bertemu dengan ibu. Setiap ibu akan dihadiahkan dengan Mothering Cake atau kek hari ibu sempena perayaan tersebut.

Amalan dan tradisi ini menular ke seluruh dunia dan ia kini disambut sebagai penghormatan kepada Mother Church. Mother Church dianggap sebagai kuasa spiritual yang agung yang memberi manusia kehidupan dan memullihara mereka dari sebarang kecederaan. Sejak dari itu, perayaan Mothering Sunday telah diadun dengan upacara kegerejaan. Penghormatan mereka terhadap ibu sama taraf dengan penghormatan mereka terhadap gereja.

Di Amerika Syarikat, Hari Ibu disambut seawal 1872 hasil ilham Julia Ward Howe. Beliau adalah seorang aktivis sosial dan telah menulis puisi " The Battle Hymn of The Republic" (TBHoTR). TBHoTR telah dijadikan lagu patriotik yang popular di kalangan warga Amerika. Ungkapan "Hallelujah" dalam bait-bait lagu tersebut menyerlahkan lagi sentuhan Yahudi dan Zionis dalam mencaturkan politik dunia.

Pada tahun 1907 Anna Jarvis dari Philadelphia telah memulakan kempen untuk melancarkan Hari Ibu. Beliau telah berjaya mempengaruhi Mother's Church di Grafton, West Virginia agar meraya dan meraikan Hari Ibu pada hari ulang tahun kedua kematian ibunya, iaitu pada hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Semenjak dari itu, Hari Ibu dirayakan saban tahun di Philadelphia.

Anna Jarvis, dan pendokong-pendokongnya telah menulis surat kepada menteri, golongan peniaga dan ahli-ahli politik agar Hari Ibu disambut secara meluas di seluruh wilayah. Matlamat mereka telah berjaya sepenuhnya pada tahun 1911 apabila hari tersebut disambut oleh hampir keseluruhan wilayah Amerika. Pada tahun 1914, Presiden Woodrow Wilson, secara rasminya telah mengisytiharkan Hari Ibu sebagai Hari cuti umum dan mesti raikan pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Biarpun sebahagian besar negara-negara di dunia menyambutnya pada hari yang berlainan, tetapi negara seperti Denmark, Finland, Itali, Turki, Australia, dan Belgium masih merayakannya pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei.

Justeru, apakah justifikasi orang-orang Islam merayakan hari tersebut ?

Terjemahan oleh webmaster dari History of  Mothers Day

Komen
Carian
Upin  - so...   |60.52.33.xxx |2009-04-20 23:00:09
So macamana kita nak menyambut satu hari dimana kita menghargai pengorbanan dan
keperitan seorang ibu?
ipin  - emmm...????   |60.52.58.xxx |2009-04-23 01:27:16
betol..betol..betol..
Mail   |219.94.8.xxx |2009-04-29 23:16:44
2 singgit mana nak cari....
Anonymous   |61.6.54.xxx |2009-05-04 02:21:56
takpelah.. xpyh ada pun hari ibu nie..
xkan kiter nak syg ibu kiter mse hari
ibu jer..
Bg saya hari-hari adlah hari ibu..

I LOVE MY MOM!!!
misterious =P   |60.51.2.xxx |2009-05-06 00:33:04
lah korang ni...kenape perlu tetapkan tarikh atau hari bila nak sambut hari ibu
atau tak kiralah hari bapa???sedangkan bila2 mase je kita boleh ingat dan
menghargai jasa ibubapa kita... sayang mak n abah
xxx  - ibu   |60.52.23.xxx |2009-05-11 18:19:21
sejarah hanya sejarah..._________ orang yang berfikiran begitu...

HARI IBU KITA
SAMBUTLAH ATAS KEIKHLASAN KITA TERHADAP IBU...

KENAPA HARUS MENGAITKAN DENGAN
SEJARAH...

]______________
peringatan  - perlu diingatkan   |60.50.89.xxx |2009-05-11 18:22:23
Assalamualikum.. perlu diingatkan supaya tidak memasukan perkataan yang tidak
elok dan membawa kepada pergaduhan. TQ.
ibnsyareef  - selamat hari ibu   |60.49.80.xxx |2009-05-26 17:54:58
aah kan???knp perlu adekan satu hari untuk hari ibu???adekah satu hari 2 je dia
jadi ibu kite???ye tak??so...kt sambutla hari ibu hari-hari....sayang mama....
ieysya  - 0o0o0o....   |115.133.229.xxx |2009-06-06 00:24:04
0o0o0o...ary ibu x leh sambut ar...thanks ya..cozs bagitaw..
secret  - thanks   |118.100.0.xxx |2009-06-07 20:00:20
aku baru je tahu yag ari ibu xleh sambot.. thanks coz bagi tahu
Anonymous   |60.49.234.xxx |2009-06-16 19:25:57
salam alaikum...

hari ibu memang sepatutnya setiap hari...
tp
sekurang-kurangnya dgn adenya sambutan hari ibu ni kita lebih menghargai
ibu...

sekurang-kurangnya, bagi yg ade ibu lebih mengenang jasa n pengorbanan
ibu...
tanpa ibu siapa lah kita...

syurga pn di bwh tapak kaki ibu...
hamba allah   |120.141.97.xxx |2009-06-28 00:28:15
asalamualaikum kpd semua sahabt semoga kmu semua brjaya mudah mudahan allah
meredhai perjuangn mu insyallah..
ainihasmadi   |203.82.92.xxx |2009-10-11 04:41:38
tq kerana telah memberi sedikit sebanyak pengetahuan kpd saya...
Budak1fr  - owh   |115.135.110.xxx |2009-11-14 03:29:43
owh bru sye tau asal usul ari ibu..
rupenyew mule dri owang
kristian..
tpi.....
klu kiter nak smbot ari ibu sje2.. bley ke x...???
Sila daftar untuk menghantar komen.

3.26 Copyright (C) 2008 Compojoom.com / Copyright (C) 2007 Alain Georgette / Copyright (C) 2006 Frantisek Hliva. All rights reserved."

Last Updated on Isnin, 20 April 2009 08:49
 

Log Masuk



Link Pautan


Warning: Parameter 1 to modMainMenuHelper::buildXML() expected to be a reference, value given in /home/mhadsas/public_html/home/libraries/joomla/cache/handler/callback.php on line 99

Taqwim Tahunan

<<  Mei 2013  >>
 Is  Se  Ra  Kh  Ju  Sa  Ah 
    1  2  3  4  5
  6  7  8  9101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

Online Sekarang

Sekarang ada 20 tetamu dan 1 ahli berdaftar online
mod_vvisit_counterJumlah Pelawat1169592

Buat akaun baru

Klik disini untuk mendaftar manjadi ahli.

Hubungi Kami

Ma'ahad As-Sultan Ahmad Shah Ad-Dini
26400 Bandar Jengka, Pahang Darul Makmur
Tel : 09-4675087, Fax : 4675086
Website: http://www.maahadsas.edu.my
E-Mel: webmaster@maahadsas.edu.my