| Temuduga Kemasukan Tingkatan Satu |
| Dikarang oleh Faridzul | |||||||||||||||||||||||||||||
| Jumaat, 09 Oktober 2009 10:19 | |||||||||||||||||||||||||||||
|
Sesi temu Uji kemasukan pelajar baru ke tingkatan satu 2010 akan diadakan pada hari Ahad, 18 Oktober 2009. Sehubungan itu semua permohonan yang telah didaftarkan sebelum tarikh tutup pada 30 September, iaitu seramai 287 orang calon, dikehendaki hadir pada masa berikut:-
Tarikh : 18 Oktober 2009 Masa : 8.30 pagi Tempat : Maahad as-Sultan Ahmad Shah ad-Dini, Bandar Jengka Temu uji akan dijalankan serentak di semua Sekolah Menengah Agama Kerajaan Negeri Pahang. Mulai tahun ini, semua borang permohonan yang dikemukakan di sekolah yang dipilih, telah diproses secara online. Oleh itu pemohon yang memilih lebih dari satu sekolah, permohonan mereka hanya akan diterima disebuah sekolah sahaja iaitu sekolah yang pertama memproses borang mereka. Bagi calon lewat, mereka boleh datang pada hari temu uji tersebut dengan membawa semua dokuumen berkaitan serta alatan menulis. Sesi temu uji akan dibuat secara dua fasa. Fasa pertama adalah ujian bertulis manakala fasa kedua ujian lisan dan bacaan. Pemohon yang telah mengemukakan permohonan tetapi belum mendapat surat panggilan, sila hadir pada hari tersebut.
Sila daftar untuk menghantar komen.
Powered by !JoomlaComment 3.26
3.26 Copyright (C) 2008 Compojoom.com / Copyright (C) 2007 Alain Georgette / Copyright (C) 2006 Frantisek Hliva. All rights reserved." |
|||||||||||||||||||||||||||||



