|
Segala Puji bagi Allah yang telah menggerakkan hati saya merekabentuk laman ini. Walaupun tidak setanding dan seindah laman-laman yang lain, saya merasa bertanggungjawab untuk meletakkan nama Ma’ahad ini di persada maya. Selaras dengan tuntutan kerajaan dan kementerian mewajibkan semua agensinya mempunyai laman web sendiri. Laman web ini adalah kesinambungan dari laman yang saya bentuk pada 15hb April, 2000, dengan menggunakan perisian Microsoft Frontpage. Ianya masih bertapak di http://bestari.s.tripod.com/. Pada tahun 2006, saya telah berkesempatan mengikuti kursus laman Web berasaskan perisian Joomla, di bilik komputer, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang. Di bawah kelolaaan tenaga pengajarnya, Puan Hafirah dan rakan-rakan, saya dapat menimba banyak ilmu IT dari mereka. Walaupun tidak berlatarbelakang IT, tetapi oleh kerana minat terhadapnya telah lama, saya cuba untuk mengemaskini laman web ini setelah ditegur oleh ramai bekas-bekas pelajar. Laman ini dibentuk dengan begitu ringkas dan simple dan pengunjungnya boleh memberikan sebarang komen di ruangan yang disediakan. Teras bagi laman ini adalah nota pelajaran dan insyaAllah ia akan sentiasa dikemaskinikan. Terima kasih juga kepada ex-student, Thoriq Muhammad, yang membantu untuk meletakkan web ini di persada maya. Diharap para pengunjung akan sentiasa memberi komen dan tunjuk ajar terhadap laman ini.
Sekian sahaja, semoga segala usaha ini akan mendapat keridhaanNya Faridzul Izan bin Mohd Norawi Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar Ma’ahad As-Sultan Ahmad Shah Ad-Dini 02 Mac 2009 |
|
|
|
|