|
 Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Saya mengambil sedikit ruang di sini mengucapkan selamat sejahtera kepada semua pengunjung laman web MaahadSAS ini. MaahadSAS Jengka sudah mencapai usia 10 tahun pengisytiharannya. Dalam tempoh ini berbagai-bagai cabaran ditempuhi oleh warga Maahad. Mulai tahun 2009 ini, MaahadSAS melancarkan visi baru iaitu "MAAHADSAS JENGKA, SEKOLAH MENENGAH AGAMA NEGERI PAHANG CEMERLANG 2013". Sementara misi MaahadSAS ialah "MEMBERI PENDIDIKAN ISLAM KEPADA PELAJAR MELALUI PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG BERKESAN. MELAHIRKAN PELAJAR YANG BERSAHSIAH MULIA DAN BERKETRAMPILAN SERTA TADBIR URUS ORGANISASI YANG BERKUALITI." Melalui visi dan misi MaahadSAS ini, saya yakin seluruh warga MaahadSAS ini akan berusaha segigihnya menaikkan nama MaahadSAS ke mercu pendidikan yang gemilang. Memulakan langkah 2009 dengan menubuhkan Masjid Imam al-Ghazali MaahadSAS dan menaiktaraf kemudahan ICT serta menyelenggara prasarana untuk dimanfaatkan sepenuhnya untuk aktiviti P&P dan peningkatan sahsiah diri. Adalah diharapkan usaha-usaha ini sebagai langkah yang perkasa dan berterusan bagi menjulang MaahadSAS ke era kecemerlangannya. Orang menembok di Pulau Hantu,
Asapnya ada tabun menabun;
Seumpama bunga dinaung batu,
Taruknya kaca tangkainya embun.
Sekian, wassalam. Hasanuddin Bin Md Isa, Pengetua, Ma'ahad As-Sultan Ahmad Shah Ad-Dini.
|
|
|
|
|